video pelancaran minggu ict

Tuesday, 22 May 2012

Audio Illusion - Brain Tricks

Pemandangan dari atas Foyer..Begitu ramai Warga Mindef yang berkunjung ke Majlis Perasmian Minggu ICT Mindef. Bermacam-macam aktiviti dan pameran telah mula dijalankan..

Warga Mindef yang Berkunjung sedang memerhatikan Sesi Pelancaran e-Payment oleh YBhg.Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan dan Pegawai-pegawai Mindef..

Aktiviti di Auditorium


Ucapan perasmian Oleh YBhg.Dato'Sri Dr.Haji Ismail Bin Haji Ahmad Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan.

 Perasmian Minggu ICT Mindef 2012 dan Pelancaran Pelan Strategik Teknologi Maklumat (PSTM) Mindef 2011-2015..

KESELAMATAN ICT

Keselamatan ICT Tanggungjawab Bersama..Pada pukul 10pagi di Auditorium mindef Taklimat berkenaan Polisi Keselamatan Siber Kebangsaan -TAKLIMAT YANG DIUCAPKAN OLEH Ir.Md.Shah Nuri Bin Md.Zain dari Majlis Keselamatan Negara..

Dasar Keselamatan ICT Negara  - Penipuan atas talian telah mangakibatkan kerugian yang besar. Perkara ini perlu ditangani dengan segera. Ancaman Siber-antaranya Kandungan Internet aitu Laman Web dan Blog yang mempengaruhi fikiran masyarakat. Mengugat Kestabilan dan kesejahteraan Negara. Cyber Terrorism-Penggunaan media Siber oleh Kumpulan Pengganas. Penipuan atas Talian-Kerugian Jutaan Ringgit. Pengaruh Budaya Songsang-Aktiviti budaya songsang dari Barat telah pengaruhi masyarakat Negara ini.

Perkhidmatan Wifi-Capaian Internet.Mengucapkan terima kasih kepada mampu.
E-payment bayar secara online bagi keselamatan .Mengalakkan penyertaan dalam program ICT Agensi bawah Mindef-ISO perlu dapat pengiktirafan. 

Serba Sikit Taklimat yang diucapkan pada hari pertama selepas perasmian..

video pelancaran minggu ict

Monday, 21 May 2012

Pelancaran Pelan Strategik Teknologi Maklumat (PSTM) Mindef 2011-2015

AKTIVITI MINGGU ICT

                                                 Pertandingan Kuiz ICT di Foyer Mindef
Pertandingan Membina Blog di Bilik Latihan 2


 Pertandingan Pemasangan PC di Foyer Mindef. 
dan cabuatn Bertuah..


JLKN


Mari-mari Kita Berkunjung di Jabatan Latihan Khidmat Negara....Kalau Tuan dan Puan nak tahu, PLKN ini telah dirasmikan oleh YAB Dato'Seri Mohd Najib Bin Tun Hj Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia....pelajar Lepasan SPM yang ramai terlibat bersama aktiviti JLKN..Jom Kita Tinjau..

PLKN ini dilaksanakan selama 3 bulan di Kem. Ia direka supaya menjadi sesuatu yang menyeronokkan, berfaedah dan akan menjadi kenangan sepanjang masa kepada para Pelatih..Tidak bersifat penderaan tetapi mengenakan hukuman untuk mengajar.  JLKN juga menekankan proses pembelajaran yang menarik minat serta berbentuk 'experiental learning' iaitu belajar secara Amali. Mengutamakan semangat muhibah dalam semua aktiviti yang dijalankan ...NAK TAHU LEBIH LANJUT klik DISINI. Selain itu anda boleh melalui talian hotline 03-40274773/4774/4776/4777/4779/4646/4664 atau myms 15888.

KLINIK ICT


Jom kunjungi ke KLINIK ICT..Disini kita boleh mendapat Aktiviti dan Khidmat Nasihat daripada Bahagian Teknologi Maklumat. Tips bagaimana nak lajukan komputer...Haa..setelah lama anda memakai komputer anda dengan lambat (LEMBAB), Anda ikut sahaja peraturan yang telah ditetapkan. Nak tahu kea...Selalulah Defragmenter komputer anda. Apa Fungsi Defragmenter??Defragmenter berfungsi untuk menyusun fail-fail yang sudah tidak tersusun di dalam komputer anda. Apalagie..??Tukar Wallpaper anda..Tak payah la..nak cantik-cantik sangat dan ini kerana wallpaper warna-warni,ia akan melambatkan proses untuk di start up. Selepas itu Clean Up komputer anda. Clean Up berfungsi untuk membuang fail-fail yang tidak berkenaan. Nak lagi selamat..Install program yang perlu sahaja..Ini serba sikit mengenai Klinik Ict..nak tahu lebih lanjut boleh la.. klik di :
  

MY KAD - KAD PENGENALAN DI DUNIA


 Petugas My Kad sedang menerangkan kepada pengunjung pameran berkenaan MY KAD. Dimana kad pengenalan pintar pelbagaiguna pertama di  Dunia yang melibatkan aplikasi kerajaan dan swasta dalam satu kad. Usaha kerajaan dalam menyediakan kemudahan tambahan dan keselesaan kepada masyarakat Malaysia bagi menjalankan transaksi dengan pihak kerajaan dan Swasta. Definisi 'MY' adalah merujuk kepada alamat internet Malaysia dan 'KAD' bermaksud Kad Akaun diri. Untuk mengetahui lebih lanjut anda boleh terus klik DISINI

PELANCARAN E-PAYMENT


Lawatan ke SISTEM E-PAYMENT - Selepas sahaja Pelancaran dan Perasmian,turut dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha, Pegawai Mindef,Panglima Perkhidmatan dan Warga Mindef membuat lawatan di foyer Mindef.  Antara sudut dilawati- Bahagian Teknologi Maklumat. Dimana sistem ini menyediakan kemudahan pembayaran secara online untuk pelanggan Mindef menggunakan kaedah FPX dan Kad Kredit. 

Tuan dan Puan boleh membuat bayaran secara online bagi perkara seperti Sewaan, Denda dan Hukuman Pecah Kontrak, Bil Utiliti, Pinjaman, Borang dan Jualan. Salah satu kaedah pembayaran boleh dibuat melalui kad kredit (VISA,MASTERCARD). Antara bank yang menyertai FPX..BANK ISLAM,CIMB BANK,HONG LEONG BANK,MAYBANK,RHB DAN PUBLIC BANK... 

NAK TAHU..KELEBIHAN E-PAYMENT NIE...MUDAH. Hanya Klik sahaja. KESELESAAN..Pembayaran pada bila-bila masa dan di mana jua. SELAMAT..FPX dan Kad Kredit menggunakan pengesahan dan pensijilan selamat untuk memastikan keselamatan transaksi... Banyak juga kita berceloteh..nak tahu lebih lanjut lagie.. Tuan dan Puan boleh melihat di portal e-payment. JANGAN LUPA KLIK DISINI...